Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni. Foto fail Faitullah Morni (TVS)

Polis temukan tulang manusia di Pantai Batu Buruk 2

ByBernama

KUALA TERENGGANU, 31 Jan: Polis menemukan serpihan tulang dipercayai milik manusia di Pantai Batu Buruk 2, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Azli Mohd Noor berkata tulang tersebut ditemukan orang awam di kawasan semak di belakang kuarters jabatan kerajaan yang tidak dihuni.

Beliau berkata sebanyak 34 ketulan tulang ditemukan dan dikumpul untuk dihantar ke Unit Patologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Jabatan Kimia Malaysia Terengganu bagi tindakan lanjut.

“Polis menerima laporan pada 10.10 malam tadi. Siasatan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Kuala Terengganu dijalankan dengan bantuan pasukan Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu.

“Pasukan tersebut telah mengumpul 34 ketulan tulang di kawasan semak, di tepi longkang tidak berair berjarak 40 meter dengan gigi air ketika air pasang malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata ketika ini risikan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengesan sama ada lokasi tersebut merupakan kawasan perkuburan lama atau persendirian.

Beliau berkata usaha mengesan mangsa atau pemilik tulang berkenaan juga bergantung kepada hasil pemeriksaan perubatan dan kimia termasuk jantina, tempoh kematian dan maklumat lain yang akan diperoleh kemudian.

Sehubungan itu beliau menasihatkan supaya orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan tersebut. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan