Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Kampung Manjor, Laloh, pada Rabu lepas. Foto Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000

ByBernama

KOTA BHARU, 31 Jan: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan cubaan menyeludup rokok bernilai lebih RM100,000 dalam serbuan di Kampung Manjor, Laloh, pada Rabu lepas.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar pukul 8.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebanyak 46,000 batang rokok putih dan 10,000 batang rokok kretek yang dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan ialah RM107,122.40, dan seorang wanita tempatan berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk tindakan lanjut,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan