Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi (MUT)

MUT komited pulihkan gangguan perkhidmatan utiliti, komunikasi akibat banjir

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 31 Jan: Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi bersama agensi berkaitan komited memulihkan perkhidmatan utiliti serta telekomunikasi  di beberapa lokasi dengan pantas dan selamat susulan terdapat gangguan akibat bencana banjir.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi dalam kenyataan hari ini memberi jaminan bahawa bekalan elektrik dan air tetap stabil walaupun dalam keadaan yang mencabar ini.

Bagi bekalan elektrik, menurutnya pasukan teknikal Sarawak Energy Berhad (SEB) terpaksa menutup beberapa sub-stesen di kawasan yang paling teruk terjejas bagi memastikan keselamatan awam daripada bahaya elektrik akibat paras air banjir yang semakin meningkat.

“Kawasan yang terjejas termasuk di Wilayah Utara di Miri dan Bintulu, Wilayah Tengah di Sibu, Selangau, Kapit, Mukah, dan Sarikei, serta Wilayah Selatan di Kuching, Samarahan, dan Serian,” katanya menerusi kenyataan itu.

Selain itu, kata Julaihi hujan lebat yang berterusan turut menyebabkan beberapa loji rawatan air (LRA) seperti LRA Selangau, LRA Ng. Sekuau, dan LRA Labang terpaksa ditutup sementara akibat paras air yang terlalu tinggi di kawasan ‘intake’.

“Gangguan perkhidmatan telekomunikasi juga dilaporkan di beberapa kawasan seperti Bintulu, Marudi, Miri, Mukah, Selangau, dan Serian.

“Walaupun dalam keadaan yang mencabar, loji penjanaan elektrik dan loji rawatan air lain terus beroperasi bagi memastikan bekalan utiliti yang mencukupi untuk memenuhi permintaan,” jelasnya lagi.

Agensi-agensi di bawah kementerian beliau, termasuk SEB, Agensi Bekalan Air, MCMC, SDEC, dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain, telah menggerakkan pasukan teknikal ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir.

“Mereka sedang memantau keadaan dengan teliti dan berkoordinasi rapat dengan pihak berkuasa untuk usaha pemulihan, demi memastikan perkhidmatan dapat dipulihkan secepat mungkin.

“Kementerian juga menyeru orang ramai untuk memahami dan memberi kerjasama dalam menghadapi situasi mencabar ini. Pihak kementerian akan terus memberikan maklumat terkini seiring dengan perkembangan situasi,” tegasnya dalam kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dan mematuhi garis panduan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan