Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat di seluruh Sarawak diarahkan untuk melaksanakan Solat Hajat Bencana Banjir selepas solat fardu Jumaat hari ini. Foto fail Masjid Ikhwanul Islam Rasmi (FB)

Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas solat Jumaat

KUCHING, 31 Jan: Majlis Islam Sarawak (MIS) mengarahkan semua masjid dan surau yang mengadakan solat Jumaat di seluruh Sarawak untuk melaksanakan Solat Hajat Bencana Banjir selepas solat fardu Jumaat hari ini.

Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu pekeliling bertarikh semalam yang ditandatangani oleh Setiausaha MIS Mual Suaud, dan diedarkan kepada semua pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan serta Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau di seluruh Sarawak.

Pekeliling tersebut menyatakan bahawa Majlis Islam Sarawak menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap bencana banjir yang sedang melanda Sarawak, khususnya di Bahagian Serian, Bintulu, dan Miri, yang telah menjejaskan kehidupan penduduk serta menyebabkan kerosakan harta benda.

Setakat pagi ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan bahawa jumlah mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga.

Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga yang ditempatkan di 15 PPS. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan