Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 56 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) aktif di seluruh Sarawak berikutan bencana banjir yang melanda negeri ini sejak beberapa hari lalu. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Jumlah mangsa banjir meningkat, 56 PPS aktif di Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 31 Jan: Sebanyak 56 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) aktif di seluruh Sarawak selepas bencana banjir yang melanda wilayah ini sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, setakat jam 5 pagi tadi, bilangan PPS semakin bertambah berikutan trend pemindahan mangsa yang meningkat.

Kesemua PPS di enam bahagian iaitu di Bintulu, Serian, Samarahan, Kuching, Miri dan Sibu menempatkan 9,398 mangsa daripada 2,725 keluarga keseluruhannya.

Jumlah tersebut meningkat daripada 7,503 mangsa daripada 2,096 keluarga setakat malam tadi.

Bintulu dan Serian mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu masing-masing 4,605 dan 2,035 orang.

Salah satu daripada keseluruhan sembilan PPS yang dibuka di Bintulu iaitu PPS Dewan Suarah menempatkan paling ramai mangsa iaitu 1,103 orang.

Di Samarahan pula, dua PPS baharu dibuka iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Kekali Semera yang menempatkan 33 mangsa serta PPS Dewan Sri Budaya Niup dengan 10 mangsa.

Selain itu, jumlah mangsa insiden tanah runtuh yang ditempatkan di PPS Pusat Bulan Sabit Merah dan PPS Dewan Kampung Sukan di Miri kekal masing-masing seramai 105 dan 24 orang setakat pagi tadi.

Manakala di Sibu, mangsa yang terkesan akibat kebakaran yang ditempatkan di PPS Dewan Datuk Aaron, Bawan Kanowit kekal seramai 37 orang.

APM Sarawak turut memaklumkan data mangsa masih dalam proses kemas kini dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan