Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi. Foto Ezzany Yusof (TVS)

Jumlah kerugian, kerosakan kemudahan utiliti akan dimaklumkan dalam masa terdekat

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 31 Jan: Maklumat mengenai jumlah kerugian dan kerosakan kemudahan utiliti akibat banjir di Sarawak akan dinilai agensi berkaitan.

Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, agensi berkaitan kini sedang mengumpul maklumat dan angka tepat mengenai perkara tersebut.

“Saya baru menerima soalan pagi tadi dan telah menyampaikan maklumat kepada pegawai kami di kementerian. Mereka kini sedang mengumpulkan data yang tepat melalui perhubungan dengan wakil di Bintulu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Umat Islam Sarawak Untuk Kutipan Sumbangan Mangsa Banjir di sini, hari ini.

Dr. Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, perbincangan turut dijalankan dengan Setiausaha Tetap Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Datu Jafri Lias bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan kemudahan utiliti di kawasan terjejas.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenai kerugian, kerosakan dan gangguan termasuk di Bintulu akan dimaklumkan kepada umum selepas maklumat lengkap dikumpul.

“Mereka akan memperoleh fakta dan maklumat yang tepat untuk dikongsikan dengan pihak media dalam masa terdekat.

“Saya juga akan berbincang dengan pihak yang berkaitan termasuk Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi bagi memastikan maklumat dapat disampaikan kepada pihak media dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, sebanyak RM200,000 sumbangan yang disalurkan menerusi Majlis Islam Sarawak bagi membantu mangsa banjir.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan