Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Feri ketiga di Batang Paloh dan Batang Igan, Mukah akan beroperasi bermula 1 Feb 2025. Foto fail TVS

Feri ketiga di Batang Paloh dan Igan mula beroperasi 1 Feb 2025

MUKAH, 31 Jan: Pengguna feri di Tanjung Gelang (Batang Paloh) dan Batang Igan dekat sini bakal menerima kemudahan lebih baik apabila feri ketiga mula beroperasi pada 1 Februari 2025 (Sabtu).

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, menerusi notis pemberitahuan di media sosial rasminya hari ini, memaklumkan bahawa perkhidmatan feri ketiga dan kedua akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

Feri pertama pula beroperasi bermula 4 pagi hingga 8 malam.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata permohonan bagi penambahan feri telah dibuat lebih awal sebagai persediaan sebelum pembukaan Jambatan Muara Lassa, Daro kepada kenderaan pada 9 Januari 2025.

“Kita menjangkakan peningkatan jumlah kenderaan yang menggunakan laluan feri Batang Paloh, sekali gus menyebabkan waktu menunggu menjadi lebih lama. Oleh itu, penambahan feri adalah perlu bagi memastikan kelancaran pergerakan kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berharap pembinaan Jambatan Batang Paloh dapat dipercepatkan dan disiapkan mengikut jadual seperti dijanjikan oleh kontraktor.

“Saya juga akan mengemukakan permohonan rasmi untuk menaik taraf jalan antara Jambatan Muara Lassa dan Batang Paloh di Pulau Bruit.

“Ini kerana jalan sedia ada agak sempit dan mungkin tidak dapat menampung peningkatan jumlah kenderaan pada masa hadapan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan