Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cuaca di Sarawak dijangka beransur pulih mulai 1 Februari 2025 (esok), selepas beberapa hari dilanda hujan lebat dan banjir besar. Foto hiasan Envato

Cuaca Sarawak dijangka kembali pulih mulai esok, 1 Feb

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 31 Jan: Cuaca di Sarawak dijangka beransur pulih bermula esok, 1 Februari, selepas beberapa hari dilanda hujan lebat dan banjir besar, kata Pengarah Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim.

Menurut Khairul Najib, keadaan cuaca akan kembali seperti biasa dalam tempoh tujuh hari akan datang kerana tiada kejadian luruan Monsun yang kuat diramalkan dalam tempoh tersebut.

Khairul menambah, walau bagaimanapun rantau Malaysia termasuk Sarawak masih berada di bawah pengaruh Monsun Timur Laut.

“Keadaan atmosfera dijangka masih lembap, tetapi tidak seteruk yang dialami dalam dua hingga tiga hari yang lalu.

“Oleh yang demikian, keadaan hujan dan ribut petir masih boleh berlaku, terutama pada waktu lewat petang di semua bahagian,” kata Khairul ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam pada itu katanya lagi, keadaan laut juga menunjukkan tanda pemulihan, dengan ombak yang kembali ke tahap normal selepas beberapa hari bergelora akibat cuaca ekstrem.

Penduduk Sarawak, khususnya di kawasan yang terjejas akibat banjir, boleh menarik nafas lega dengan perkembangan ini.

“Namun mereka dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak dijangka”, ujarnya lagi. -TVS

Tags: cuaca, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan