Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana, Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga jam 12 tengah hari ini, sebanyak 26 daerah di Sarawak dan Sabah dilanda banjir, dengan penurunan jumlah mangsa kepada 15,009 orang berbanding 17,637 orang pada 6 pagi tadi. Foto Faitullah Morni (TVS)

Bank perluaskan bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Pelbagai bank termasuk Public Bank Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd dan OCBC Bank (M) Bhd menawarkan bantuan kepada pelanggan terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.

Public Bank, Public Islamic Bank, Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank masing-masing menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit kepada individu yang terjejas serta pinjaman dan pembiayaan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Public Bank dalam satu kenyataan berkata kerjasama segera telah dibuat dengan anak syarikat kumpulan itu Lonpac Insurance Bhd untuk pemprosesan pantas tuntutan oleh pelanggan terjejas terhadap kerugian yang dilindungi oleh polisi insurans ditaja jamin oleh Lonpac.

HLB dan Hong Leong Islamic Bank turut menghulurkan bantuan, bagi pelanggan PKS dan perusahaan mikro sedia ada bank berkenaan, pembiayaan tambahan akan disediakan kepada mereka yang memerlukan modal kerja untuk memudahkan pemulihan perniagaan mereka akibat banjir.

Sementara itu, Standard Chartered Malaysia menawarkan penangguhan sementara atau penggantungan obligasi pembayaran pinjaman/pembiayaan (prinsipal dan faedah/keuntungan) selama tiga atau enam bulan, bagaimanapun faedah/keuntungan akan terus terakru pada pembayaran tertunda dan dipermodalkan ke dalam jumlah prinsipal selepas tempoh penangguhan tamat.

Bank itu berkata pelanggan yang terjejas juga mempunyai pilihan untuk membayar hanya faedah ansuran bulanan selama enam bulan.

Kesemua lima bank itu juga berkata mereka mengetepikan caj untuk penggantian dokumen dan kad berkaitan bank rosak atau hilang dalam banjir.

Dalam pada itu, OCBC Bank (M) Bhd bersama anak syarikat perbankan Islam, OCBC Al-Amin Bank Bhd berkata program bantuan banjir mereka menyediakan pilihan untuk pelanggan terjejas untuk menguruskan pembayaran balik mereka bagi mengurangkan kekangan kewangan mereka ketika waktu mencabar ini.

“Semua permintaan akan diutamakan dan diproses mengikut kes, menentukan apa bentuk bantuan yang terbaik untuk pelanggan,” kata mereka.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Public Bank Tan Sri Dr Tay Ah Lek berkata bank itu tetap komited untuk meringankan beban kewangan pelanggan yang terjejas banjir manakala Ketua Pegawai Eksekutif Standard Chartered Malaysia Mak Joon Nien pula berkata ketika krisis, ia adalah menjadi tanggungjawab kolektif mereka untuk bersama-sama membantu mereka yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank (M) Tan Chor Sen berkata OCBC Malaysia komited untuk menyokong mana-mana pelanggan yang terjejas teruk akibat banjir dan menyeru mereka untuk kekal positif menghadapi cabaran tersebut.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan terjejas boleh mengunjungi cawangan bank masing-masing atau menghubungi melalui telefon.

Nombor telefon Public Bank ialah (03)2170 8000 manakala pelanggan HLB/Hong Leong Islamic Bank boleh menghubungi (03)7959 1888 untuk meminta bantuan bantuan banjir, bagi pelanggan Standard Chartered Malaysia pula mereka boleh menghubungi 1300 888 888 atau +603 7711 8888 (untuk di luar Malaysia).

Pelanggan OCBC Malaysia boleh menghubungi di talian (03)8317 5011 manakala nomber telefon untuk pelanggan PKS dan perusahaan mikro adalah (03)8317 5200.

Selain itu, Public Bank berkata perkara berkaitan tuntutan insurans, pelanggan yang terjejas boleh menghubungi Lonpac di (03)2262 8688 sementara pelanggan PKS dan korporat HLB pula boleh menghubungi pengurus perhubungan mereka untuk mendapatkan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan