Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Banjir di Bintulu ketika ini disifatkan bencana terburuk pernah berlaku. Foto JBPM

Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan

KUCHING, 31 Jan: Banjir di Bintulu ketika ini disifatkan bencana terburuk pernah berlaku dengan lebih 1,900 dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam semalam.

Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan serta loji-loji penghasilan produk petrokimia.

Seorang penduduk Claire Fabian yang berkongsi kejadian banjir di Facebooknya berkata banjir di bandar itu terburuk pernah berlaku sejak dia menetap di kawasan berkenaan lebih 30 tahun lepas, selepas hujan lebat tidak berhenti selama dua hari.

“Ini kali pertama kawasan kediaman kami dilanda banjir, bukan alang-alang tetapi sampai peti sejuk, peti sejuk beku dan sofa hanyut,” katanya, sambil berkongsi video keadaan rumahnya yang dinaiki air hampir paras lutut.

Kejadian banjir khususnya di utara Sarawak itu mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri.

Anwar berkata keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Premier berkata pihaknya setakat ini berpuas hati dengan kelancaran operasi membantu mangsa banjir yang dikatakan paling teruk pernah dihadapi di Sarawak.

Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS – TPM Fadillah

Beliau berkata proses pembukaan PPS yang cepat dan koordinasi antara pelbagai agensi di bawah jawatankuasa itu membolehkan situasi banjir mampu ditangani dengan baik.

Beberapa pemimpin hari ini turun padang meninjau situasi banjir termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Bantuan awal RM1,000 bagi setiap KIR berdaftar di PPS – TPM Fadillah

Fadillah turut mengumumkan bantuan awal berjumlah RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dan dipindahkan ke PPS.

Selain Bintulu, Serian, Selangau, Tatau dan Kuching turut dilanda banjir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan