Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JPBN dalam kenyataannya turut memaklumkan, bahagian yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi ialah Samarahan dengan 3,279 mangsa, diikuti Serian (3,216), Kuching (2,062), Sibu (1,209), Bintulu (1,030) dan Miri (197). Foto fail TVS.

Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 10,787 mangsa petang ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 31 Jan : Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat dengan seramai 10,787 orang ditempatkan di 57 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 4 petang ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 10,993 mangsa kini ditempatkan di 58 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif, sementara satu PPS telah ditutup.

“Secara keseluruhan, enam bahagian dan 17 daerah di Sarawak terjejas akibat bencana ini, termasuk Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Bintulu, dan Miri,” lapor kenyataan itu hari ini.

JPBN dalam kenyataannya turut memaklumkan, bahagian yang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi ialah Samarahan dengan 3,279 mangsa, diikuti Serian (3,216), Kuching (2,062), Sibu (1,209), Bintulu (1,030) dan Miri (197).

Dalam pada itu, kenyataan turut mendedahkan bahawa seramai 16 mangsa tanah runtuh dan 42 mangsa kebakaran turut ditempatkan di PPS bagi memastikan keselamatan mereka.

JPBN Sarawak bersama pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terus menggerakkan bantuan serta operasi menyelamat di kawasan terjejas.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa, selain mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi kerajaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan