Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban mangsa yang berteduh di PPS berkenaan. Foto: UKAS

Banjir: Bantuan makanan disalur kepada mangsa di PPS Dewan Mesra Simunjan

ByFarah Diyana Samsuddin

SIMUNJAN, 31 Jan: Seramai 141 mangsa banjir daripada 48 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Mesra Simunjan di sini menerima bantuan segera berupa makanan kering pada Khamis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berharap sumbangan berkenaan dapat meringankan beban mangsa yang berteduh di PPS berkenaan.

“Bantuan ini disalurkan secara berperingkat bagi memastikan semua mangsa menerima bekalan mencukupi sepanjang tempoh banjir,” katanya kepada TVS hari ini.

Awla menyifatkan sumbangan itu sebagai komitmen Kerajaan Sarawak membantu masyarakat khususnya mangsa banjir di kawasan luar bandar.

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi penduduk, terutama mereka yang terputus bekalan makanan akibat banjir. 

“Oleh itu, kami berusaha sedaya upaya untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Terdahulu, Awla menyampaikan sumbangan terbabit  bersama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Simunjan di sini.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS berkenaan kekal setakat 4 petang ini iaitu merangkumi penduduk dari 11 lokasi terjejas di Simunjan.

Antara lokasi yang terjejas antaranya Jalan Tun Openg, Kampung Sungai Raya, Kampung Lintang Hijrah, Kampung Hijrah Fasa 2, Kampung Hijrah Fasa 1 dan Kampung Simunjan Jaya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan