MIRI, 30 Jan: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi melawat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini, hari ini.
Tun Dr Wan Junaidi tiba di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bulan Sabit Merah Miri pada pukul 2:20 petang.
Beliau dan isteri kemudian bertemu dan beramah mesra dengan mangsa tanah runtuh yang ditempatkan di pusat tersebut.
Beliau kemudiannya menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada seramai 25 ketua isi rumah (KIR).
Pusat ini menempatkan seramai 105 mangsa melibatkan 25 keluarga.
Dalam kejadian pada awal Rabu sekitar jam tiga pagi, berlaku kejadian tanah runtuh di kawasan Lereng Bukit yang memusnahkan kediaman penduduk kampung melibatkan 12 orang mangsa dengan lima daripadanya meninggal dunia.-TVS