Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi mengunjungi kediaman Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin di Miri, hari ini. Foto TVS

TBC: TYT Sarawak, isteri serikan rumah terbuka di Miri

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 30 Jan: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi meneruskan kunjungan hari kedua sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Miri, hari ini.

Terdahulu, Tun Dr Wan Junaidi, isteri dan tetamu kehormat lain melawat mangsa banjir dan tanah runtuh di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Bulan Sabit Merah Miri, di sini.

Kehadiran Tun Dr Wan Junaidi, isteri dan rombongan diakui menyuntik semangat dan memberi sokongan moral kepada mereka yang terkesan.

Sejurus itu,Tun Dr Wan Junaidi mengunjungi kediaman Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, dan Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di sini.

Turut mengiringi, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan beberapa tetamu kehormat lain.

Selesai rangka lawatan di Miri, Tun Dr Wan Junaidi dan isteri berangkat pulang ke Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan