Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan kunjungan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 ke kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang

TBC: Abang Johari berkunjung ke kediaman Khere Chiang

ByHaleyson Roland

KUCHING, 30 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan kunjungan sempena sambutan Tahun Baru Cina 2025 ke kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang, di sini, pagi tadi.

Ketibaan Abang Johari disambut mesra Khere Chiang dan keluarga sekitar 10:55 pagi tadi sejurus itu mereka menyempurnakan upacara menggaul “Yee Sang” sebagai simbolik kemakmuran dan kebahagian sebelum menjamu selera.

Turut mengiringi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Khere Chiang menzahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian Sarawak dalam pembangunan selain mengharapkan negeri ini terus membangun terutama dalam bidang pendidikan.

“Kita pun sudah nampak tahun ini Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sudah mengumumkan peruntukan Sarawak bernilai RM15 billion yang paling tinggi di seluruh Malaysia. Kalau Sarawak kekal dalam keadaan baik, wilayah ini akan mencapai RM20 billion dalam akhir tahun ini.

“Kita juga ada pendidikan, Premier Sarawak sudah memaklumkan pendidikan untuk para mahasiswa dan mahsiswi. Ini merupakan perkara yang baik untuk membangunkan Sarawak.” katanya.

Dalam pada itu, Khere Chiang mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2025 kepada masyarakat Cina yang meraikan Tahun Ular kali ini.

“Pertama sekali saya ucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat di seluruh N13 Batu Kitang dan di seluruh Sarawak. Saya sangat merasa merendah diri dengan kehadiran Premier Sarawak kita seorang yang memang baik walaupun rumah saya kecil, Premier tetap datang,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan