Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Irsalina Syahirah, 17 tahun menceritakan kembali saat berlakunya tanah runtuh yang menimpa kediamannya di Kampung Lereng Bukit, di sini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Tanah runtuh Miri: Nur Irsalina ditolak keluar, sempat lihat ibu peluk adik

BySalasiah Safian

MIRI, 30 Jan:  Sempat melihat ibu memeluk adiknya untuk membawa mereka keluar ketika tanah runtuh menimbus rumah mereka, Nur Irsalina Syahirah membuka mulut menceritakan kembali detik cemas pada awal pagi Rabu itu.

Menurutnya dalam kejadian itu, dirinya dan ibu serta adik perempuan pertama dan adik lelakinya belum tidur.

Nur Irsalina ditolak keluar, sempat lihat ibu peluk adik | TVS

Nur Irsalina, 17, berkata sebelum kejadian dia sedang asyik bermain permainan video dikejutkan dengan bunyi dentuman yang kuat.

“Ibu saya ada mendengar bunyi benda terjatuh. Saya pun ada mendengar. Selepas itu, saya pun duduk. Ibu saya terus memeluk adik saya untuk membawa lari. Selepas itu, kami semua terjatuh.

“Saya ditolak hingga keluar dinding pergi ke tempat meletak motosikal. Pada masa tu saya belum pengsan. Saya berusaha untuk membuang tanah yang terkena badan saya. Kemudian, datuk saya menemukan saya dan cuba membantu,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Berkongsi lanjut, Nur Irsalina berkata semasa operasi menyelamat dia menyedari hanya kakinya sahaja cedera.

“Anggota bomba memberikan semangat untuk saya berusah mengeluarkan kaki di bawah runtuhan dan setelah berjaya saya dihantar ke hospital menaiki ambulans,” ujarnya.

Ketika tragedi itu, katanya mereka adik-beradik serta ibu sedang berada di ruang tamu kecuali neneknya yang tidur di bilik dan datuk berada di tingkat atas rumah mereka.

Dalam kejadian sekitar jam tiga pagi itu, kejadian tanah runtuh di kawasan Lereng Bukit itu telah memusnahkan dua kediaman penduduk kampung melibatkan 12 orang mangsa dengan lima daripadanya meninggal dunia – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan