Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 77 mangsa daripada 22 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tebakang terpaksa menghadapi keadaan tanpa bekalan elektrik selama lebih 24 jam selepas sistem bekalan tenaga di kawasan itu terputus akibat banjir. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PPS SK Tebakang putus bekalan elektrik lebih 24 jam, diterangi oleh ‘generator’

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SERIAN, 30 Jan: Seramai 77 mangsa banjir daripada 22 keluarga yang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tebakang di sini terpaksa ‘bergelap’ susulan bekalan elektrik di sini terputus sejak 24 jam lepas.

Menurut Pembantu Pembangunan Masyarakat, Malini Kimpian, gangguan bekalan berlaku ekoran semua tiang elektrik di kawasan Tebakang ditenggelami air sekali gus menyebabkan pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) terpaksa menutup suis keselamatan pada tengah hari, 28 Januari lepas.

“Bekalan elektrik tidak dapat dipulihkan dengan segera kerana keadaan air masih tinggi.

“Situasi ini menyukarkan mangsa di PPS yang bergantung kepada bekalan elektrik untuk keperluan harian,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Kebangsaan Tebakang di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya pihak polis dengan kerjasama agensi berkaitan menghantar sebuah mesin generator ke PPS berkenaan dan berjaya menghidupkan semula bekalan elektrik pada 29 Januari sekitar jam 5 petang.

“Tindakan pantas pihak berkuasa menghantar generator amat membantu mangsa yang berlindung di PPS, terutamanya bagi mereka yang mempunyai keperluan khas dan warga emas,” tambah Malini.

Setakat petang ini, tiga keluarga telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada jam 2 petang selepas keadaan banjir di kawasan mereka mulai surut.

PPS SK Tebakang menempatkan penduduk dari Tebakang Melayu dan Tebakang Bidayuh, yang terpaksa dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air sejak hujan lebat melanda kawasan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan