Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto fail AFP

PM Anwar arah NADMA perkemas kekuatan jentera hadapi banjir di Sabah, Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Jan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi Persekutuan dan negeri susulan banjir yang melanda Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata keutamaan ketika ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan yang terkesan.

“Berdukacita menerima perkhabaran situasi banjir yang semakin buruk di Sabah dan Sarawak. Saya zahirkan simpati pada ribuan saudara kita di sana yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

Anwar berkata Jabatan Pendidikan Negeri turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dengan selamat dan kondusif.

Beliau berkata Skuad Ihsan MADANI akan turun membantu mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) serta siap siaga bagi penugasan pascabanjir.

“Moga semua mangsa yang terkesan diberi kesabaran dan ketabahan sepanjang tempoh musibah ini melanda,” kata Anwar.

Menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), sebanyak 10,621 mangsa banjir melibatkan 6,692 orang di Sarawak dan 3,929 orang di Sabah ditempatkan di PPS setakat 4 petang ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan