Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA). Foto fail AFP

Mesir tidak akan terlibat dalam pemindahan rakyat Palestin

ByBernama

KAHERAH, 30 Jan: Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menegaskan pada Rabu bahawa negaranya tidak akan terlibat dalam sebarang pemindahan paksa rakyat Palestin, menyifatkannya sebagai “satu kezaliman yang tidak boleh kami sertai,” lapor Agensi Anadolu (AA).

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Kenya William Ruto, di Kaherah, al-Sisi mengulangi pendirian tegas Mesir terhadap perjuangan rakyat Palestin.

“Pendirian Mesir mengenai isu Palestin sejak dahulu lagi adalah tidak boleh dirunding,” katanya sambil menegaskan komitmen negara itu terhadap penyelesaian dua negara.

Keselamatan negara Mesir tidak boleh dikompromi. Kami bertekad untuk bekerjasama dengan Presiden (Donald) Trump bagi mencapai penyelesaian damai berasaskan penyelesaian dua negara,” katanya.

Trump sebelum ini menggesa supaya Gaza “dibersihkan” dan rakyat Palestin dipindahkan ke Mesir dan Jordan, menyifatkan wilayah itu sebagai “tapak runtuhan” susulan serangan genosid Israel.

Bagaimanapun, Kaherah dan Amman menolak keras sebarang cadangan pemindahan atau penempatan semula rakyat Palestin dari tanah mereka.

Cadangan Trump itu dibuat selepas perjanjian gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada 19 Jan, dan menghentikan serangan Israel yang telah mengorbankan lebih 47,400 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 orang sejak 7 Okt 2023. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan