Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Wee Hong Seng ditemui media selepas menerima kunjungan mesra daripada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Fiqri Razak (TVS)

MBKS pantau Kampung Tabuan Melayu, siap siaga hadapi fenomena ‘king tide’

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Jan: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) mengambil langkah proaktif dalam menghadapi kemungkinan banjir kilat akibat fenomena air pasang besar (king tide), khususnya di kawasan berisiko tinggi seperti Kampung Tabuan Melayu.

Datuk bandarnya, Dato Wee Hong Seng, menegaskan bahawa pihaknya kini bersiap siaga dengan segala kelengkapan dan tenaga kerja bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Malah, beliau sendiri telah melakukan tinjauan ke kawasan berisiko bagi memastikan persiapan berada di tahap optimum.

“Semalam, saya telah membuat tinjauan dan memaklumkan kepada ahli majlis supaya bersedia kerana esok malam akan berlaku air pasang besar.

“Kami akan turun padang untuk melihat kawasan rendah yang berpotensi terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan mesra daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Jalan Chua Say Chiat sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

Terdahulu ketibAn Abang Johari disambut oleh Wee kira-kira jam 10 pagi tadi.

Beliau turut menyatakan bahawa fenomena perubahan iklim merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir kilat, bukan hanya di Kuching tetapi juga di bandar lain seperti Miri, Bintulu dan Sibu.

Hong Seng juga memaklumkan bahawa MBKS kini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan boleh digerakkan pada bila-bila masa termasuk pada cuti umum.

“Setakat ini, di kawasan MBKS, keadaan masih terkawal tetapi pemantauan berterusan tetap dilakukan.

“Jika ada keperluan bantuan di tempat lain, kami juga bersedia untuk menghulurkan pertolongan,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa Kampung Tabuan Melayu merupakan antara kawasan yang terletak di tanah rendah dan lebih terdedah kepada risiko banjir.

Oleh itu, tinjauan lanjut akan dilakukan untuk memastikan langkah-langkah pencegahan dapat diambil dengan segera.

Hong Seng menggesa penduduk setempat agar sentiasa berwaspada dan melaporkan sebarang keadaan kecemasan kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan