Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menegaskan bahawa setiap projek infrastruktur yang dilaksanakan perlu benar-benar berkesan dalam menangani isu banjir kilat, bukan sekadar siap di atas kertas. Foto: Gambar hiasan

MBKS mahu kontraktor pantau, teliti keberkesanan projek hadapi bencana

ByMuqri Aziz

KUCHING, 30 Jan: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) komited memastikan setiap kontraktor projek infrastruktur di bawah seliaannya turut meneliti keberkesanan projek pembangunan menghadapi bencana terutama banjir, tegas Datuk Bandarnya, Dato Wee Hong Seng.

“Projek insfrastruktur yang dilaksanakan perlu benar-benar berkesan dalam menangani isu banjir kilat, bukan sekadar siap di atas kertas.

“Pemantauan berterusan adalah kunci untuk memastikan wang yang dibelanjakan tidak sia-sia dan masalah banjir benar-benar dapat diselesaikan.

Dato Wee Hong Seng ditemui media selepas menerima kunjungan mesra daripada Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Fiqri Razak (TVS)

“Sebagai contoh, Klinik Kesihatan Tanah Putih yang sebelum ini menghadapi masalah banjir kilat. Selepas projek penambahbaikan, setakat ini keadaannya baik.

“Tetapi saya selalu ingatkan konsultan dan jurutera, bila duit sudah dibelanjakan, pastikan banjir tidak berlaku lagi. Kalau masih banjir, kita kena tanya profesionalisme mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan mesra daripada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di kediamannya di Jalan Chua Say Chiat sempena Tahun Baharu Cina pada Khamis.

Hong Seng berpendapat sekiranya sesebuah projek pembangunan gagal menyelesaikan masalah asas seperti banjir, maka kredibiliti arkitek dan jurutera yang terlibat perlu dipersoalkan.

MBKS tambahnya turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) dalam usaha menangani isu tersebut.

Hong Seng dalam pasa itu mendedahkan bahawa kekangan peruntukan sering menjadi cabaran namun pihaknya akan terus berusaha mendapatkan peruntukan sama ada melalui geran atau permohonan kepada DID.

“Saya harap semua rakyat Sarawak, termasuk wakil rakyat, mainkan peranan. Jangan hanya tuding jari kepada kami.

“Kalau betul mahu bantu rakyat, usahakan juga peruntukan, bukan sekadar perjuangkan pengundi sendiri,” ujarnya lagi.

Dengan pemantauan ketat dan kerjasama semua pihak, katanya MBKS optimis dapat mengurangkan risiko banjir kilat dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan