Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa mengadakan tinjauan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) SJK Chung Hua Batu Kawa. Foto Febbright James (TVS)

JKR Sarawak perlu segera baik pulih jalan raya terjejas bencana

ByFebbright James

KUCHING, 30 Jan: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diarahkan menyegerakan kerja-kerja membaik pulih beberapa jalan raya terkesan akibat hujan lebat dan banjir melanda beberapa Bahagian di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata meskipun skala kerosakan jalan raya di Lebuhraya Pan Borneo belum dikenal pasti sepenuhnya, namun kerja baik pulih di kawasan yang kritikal perlu disegerakan.

“Terdapat kerosakan di beberapa jalan Pan Borneo. Saya tidak dapat memberikan jumlah sebenar kerosakan (jalan) ketika ini tetapi kami telah mengarahkan JKR untuk membaik pulih segera jalan yang rosak.

“Misalnya di Mambong mengalami kerosakan teruk iaitu hampir separuh jalan terputus. Oleh itu, saya mengarahkan agar JKR memantau keadaan jalan sekiranya terdapat kerosakan,” katanya kepada media semasa mengadakan tinjauan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) SJK Chung Hua Batu Kawa.

Dalam pada itu, Uggah menyeru agar orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai keadaan banjir yang boleh menimbulkan kebimbangan.

“Pagi tadi saya nampak macam-macam (maklumat) di media sosial. Jadi saya nasihatkan jangan menyebarkan amaran tidak sahih kerana memang terdapat agensi yang telah membuat terbaik untuk memberikan laporan mengenai situasi terkini khususnya dari sekretariat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan