Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Ramadhania Lau Rahimi Lau (kiri) mendapat naib johan untuk kategori Pra Remaja dan mendapat gelaran 'Promosing Model' manakala Ammara Aisya Muhammad Hazwan (kanan) merangkul tempat ketiga bagi kategori kanak-kanak dan merangkul gelaran 'Best in Fashion'. Foto Hazwan Khalik (FB)

Dua anak Sarawak menang pertandingan peragaan di Thailand

BySalasiah Safian

BANGKOK, 30 Jan: Dua anak Sarawak yang mewakili Malaysia dalam pertandingan ‘I am Model Search International 2025’ berjaya meraih kemenangan apabila dinobat sebagai naib johan dan tempat keempat di Thailand.

Nur Ramadhania Lau Rahimi Lau, 12, menang bagi kategori Pra Remaja dan mendapat gelaran ‘Promosing Model’.

Manakala Ammara Aisya Muhammad Hazwan, 10, menduduki tempat keempat bagi kategori kanak-kanak dan merangkul gelaran ‘Best in Fashion’.

Untuk tahun ini, Bangkok, Thailand dipilih sebagai tuan rumah untuk ‘I Am Model Search International 2025’.

Pertandingan tersebut kali ini disertai dari 13 buah negara iaitu Malaysia, Vietnam, Thailand, India, Sri Lanka, Kemboja, Filipina, Jepun, Indonesia, Laos, Afrika Selatan, Australia dan Myanmar.

Pertandingan ‘I Am Model Search International 2025’ bertujuan untuk mengumpul bakat muda dalam dunia peragaan dari seluruh dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan