Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) akan menyiasat punca banjir serta tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan di sini, kata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto JKM Miri

DID bakal siasat punca banjir dan tanah runtuh di Miri

ByVanessa Enjop

MIRI, 30 Jan: Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) akan menyiasat punca banjir serta tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan di sini, kata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin.

“Sudah tentu, selepas ini kita akan meminta DID untuk meneliti kawasan yang terjejas dan mengenal pasti punca banjir.

“Malah, seperti yang saya umumkan baru-baru ini, satu kajian sedang dijalankan untuk menyediakan pelan induk sistem saliran bagi kawasan Desa Senadin, Permai, dan Lutong.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata demikian ketika ditemui pemberita di rumah terbuka Tahun Baharu Cina beliau yang diadakan di Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya, hari ini.

Dato Sri Lee Kim Shin bersama para tetamu semasa majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Dato Permaisuri, Permyjaya, hari ini. Foto Vanessa Enjop (TVS)

Menurut Kim Shin, sebaik sahaja kajian itu selesai, kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran dan aliran air di kawasan terjejas akan segera dimulakan.

“Saya telah membangkitkan isu ini beberapa tahun lalu ketika banjir pertama kali berlaku. DID sudah mengambil tindakan, dan perunding telah pun dilantik, seperti yang saya nyatakan sebelum ini.

“Kajian ini sedang dijalankan, dan apabila perunding selesai dengan tinjauan serta menyediakan pelan, tender akan dibuka untuk melaksanakan kerja-kerja penambahbaikan sistem saliran utama, khususnya di Desa Senadin, Tudan dan Permyjaya, termasuk Lutong, terutama di kawasan tepi pantai,” tambahnya.

DID Sarawak selidik punca banjir dan tanah runtuh di Miri | TVS

Kim Shin turut mendedahkan bahawa beberapa kawasan berisiko tinggi tanah runtuh telah dikenal pasti di Miri, termasuk Kampung Lereng Bukit, Kampung Haji Wahid, sebahagian Hilltop Garden, serta kawasan kediamannya sendiri di Jalan Tanjung.

“Jadi, secara asasnya, kajian telah dijalankan, terutamanya di Kampung Lereng Bukit. Saya berpendapat bahawa kita memerlukan pakar geologi untuk menjalankan kajian ke atas Bukit Kanada, terutamanya berkaitan keadaan tanah, struktur tanah serta struktur batuan. Kita perlu merangka pelan jangka panjang,” ujarnya.

Mengenai situasi banjir dan tanah runtuh, Kim Shin berkata usaha pemindahan penduduk di kawasan berisiko tinggi masih berjalan.

“Pasukan pengurusan bencana sedang memantau semua kawasan dan akan memeriksa kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi. Penduduk di kawasan ini akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

“Semalam, kita telah membuka semula PPS di Pusat Bulan Sabit Merah dan juga di Dewan Masyarakat Pujut Tanjung Batu, serta di Perkampungan Sukan. Jika perlu, lebih banyak pusat pemindahan sementara akan dibuka,”tambahnya.

Menurutnya, agensi berkaitan akan terus memantau situasi dengan teliti memandangkan ramalan cuaca menunjukkan hujan lebat dijangka berterusan sehingga esok (Jumaat).

“Jadi, dalam tempoh dua hari ini, pemantauan akan dilakukan secara rapi. Pasukan Operasi Pengurusan Bencana Miri akan beroperasi selama 24 jam untuk memantau situasi, bukan sahaja di Miri tetapi di seluruh Bahagian Miri,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan