Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengenal pasti sebanyak 661 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) Foto fail TVS

Banjir Serian: 1,264 mangsa dipindahkan ke 17 PPS

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SERIAN, 30 Jan: Seramai 1,264 mangsa banjir telah dipindahkan ke 17 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini susulan hujan lebat yang melanda beberapa kawasan sejak beberapa hari lalu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus, PPS Dewan Masyarakat Serian sahaja menempatkan 209 mangsa daripada 60 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Secara keseluruhannya, kawasan yang paling terjejas adalah di Tebakang, kawasan Sungai Batang Sadong, Batang Kanowit, Lintang Baru serta sebahagian kawasan di Siburan dan Balai Ringin,” katanya ketika ditemui TVS di Dewan Masyarakat Serian di sini, hari ini.

Selain banjir, menurutnya tanah runtuh dan pokok tumbang turut dilaporkan di beberapa lokasi, menyebabkan bekalan elektrik terputus dan menyukarkan usaha penghantaran bantuan ke kawasan yang terjejas.

John dalam pada itu turut menasihatkan penduduk di sekitar Serian agar sentiasa berjaga-jaga, terutama ketika paras air meningkat.

“Kami menasihatkan semua penduduk supaya berhati-hati, khususnya dengan bekalan elektrik yang mungkin tidak selamat digunakan,” ujarnya.

Beliau juga meminta orang ramai untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan cuaca melalui saluran rasmi seperti media sosial pihak berkuasa tempatan.

Pelbagai agensi telah dikerahkan dalam usaha menyelamat dan membantu mangsa banjir, termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), RELA dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pasukan penyelamat telah membantu dalam pemindahan mangsa, selain memberikan sokongan moral dan keperluan makanan,” jelasnya.

Bagaimanapun, katanya terdapat beberapa kawasan yang masih terputus hubungan, menyukarkan penghantaran bekalan asas.

“Bantuan telah disalurkan, tetapi ada kawasan yang sukar diakses akibat jalan terputus dan pokok tumbang. Pihak berkuasa akan bertindak lebih agresif bagi memastikan semua mangsa menerima bantuan sewajarnya,” katanya.

“PPS ini akan terus beroperasi sehingga keadaan benar-benar pulih. Buat masa ini, kita belum dapat menjangkakan bila ia boleh ditutup,” tambahnya.

Untuk rekod, PPS di Serian telah dibuka sejak 28 Januari, jam 11 malam susulan kenaikan air secara mendadak. – TVS

Tags: Banjir, pps, serian

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan