Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebanyak 47 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh Sarawak berikutan insiden banjir, tanah runtuh dan kebakaran. Foto APM

Banjir: Mangsa meningkat, 47 PPS aktif di Sarawak

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 30 Jan: Sebanyak 47 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh Sarawak berikutan bencana banjir, tanah runtuh dan kebakaran.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Sarawak setakat pukul 6 pagi tadi, PPS berkenaan menempatkan 5,561 mangsa daripada 1,545 keluarga di 14 daerah.

Antara kawasan terlibat adalah Kuching (Kuching dan Bau), Samarahan (Samarahan, Sebuyau dan Simunjan), Serian (Serian dan Siburan), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu (Bintulu dan Tatau) dan Miri (Miri dan Subis).

Serian dan Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu masing-masing 1,683 dan 1,568 orang.

Selain itu, jumlah mangsa insiden tanah runtuh yang ditempatkan di PPS Pusat Bulan Sabit Merah di Miri menurun daripada 133 orang semalam kepada 105 orang setakat pagi tadi.

Manakala di Sibu, 71 mangsa terkesan akibat kebakaran ditempatkan di PPS Dewan Datuk Aaron, Bawan Kanowit.

APM Sarawak turut memaklumkan data mangsa masih dalam proses kemas kini dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan