Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa mengadakan tinjauan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) SJK Chung Hua Batu Kawa. Foto Febbright James (TVS)

Banjir di Bintulu terkawal, bantuan giat disalur – Uggah

ByFebbright James

KUCHING, 30 Jan: Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan keadaan banjir di Bintulu kini dalam keadaan terkawal.

Uggah memberitahu Sekretariat JPBNS telah aktif menyalurkan bantuan dan peralatan keperluan kepada mangsa yang terjejas.

“Keadaan terkawal, dan berharap tidak turun hujan berterusan. Dalam mesyuarat, kami (JPBNS) akan menggerakkan peralatan keperluan oleh pihak bomba dan penyelamat, tentera dan Jabatan Kebajikan. Kami juga akan menyediakan makanan yang dihantar ke Bintulu, Tatau dan Sibu.

“Petang ini saya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof juga akan ke Bintulu untuk melihat situasi di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media semasa mengadakan tinjauan di Pusat Permindahan Sementara (PPS) SJK Chung Hua Batu Kawa.

Menurut Uggah difahamkan kadar taburan hujan setahun di Sarawak ialah 5,000mm setahun tetapi di Bintulu sahaja ketika ini mencecah 400mm buat masa ini.

Tambahnya, banjir bukan disebabkan oleh longkang tersumbat sebaliknya limpahan air dari sungai.

Dalam pada itu, ujarnya, segala bantuan daripada orang awam atau badan bukan kerajaan (NGO) harus disalurkan kepada sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) terlebih dahulu.

Beliau berkata perkara tersebut bagi memudahkan urusan penyaluran bantuan dapat berjalan dengan lancar serta dapat mengelakkan kekeliruan.

“Kepada mana-mana NGO yang mahu memberikan bantuan mesti disalurkan kepada Sekretariat JPBNS atau ke Pejabat Residen Bintulu.

“Kita tidak membenarkan sesiapa NGO untuk menghantar bantuan terus ke Pusat Permindahan Sementara (PPS) kerana ia nya akan mengelirukan kami dalam mengkoordinasikan bantuan agar ianya dihantar secara teratur,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan