Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Komander Briged Ketiga Infantri, Brigedier Jeneral Mohd Sauffi Omar ketika ditemui di PPS Dewan Masyarakat Serian, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Banjir: ATM atur gerak dua bot tempur, anggota bantu pindahkan mangsa

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

SERIAN, 30 Jan: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengatur gerak termasuk dua bot tempur serta anggota bagi membantu operasi menyelamat mangsa untuk ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di sekitar Kuching, Serian dan Samarahan.

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia (3 Bgd), Brigedier Jeneral Mohd Sauffi Omar berkata pihaknya terlibat dalam operasi menyelamat merangkumi 28 PPS secara keseluruhan.

“Batalion Ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD 11) telah ditugaskan untuk memberikan bantuan di Serian.

“Dari segi penugasan, briged telah menggerakkan dua bot tempur dengan enjin sangkut (OBM) di Kuching dan Samarahan.

“Sementara itu, di Serian, keutamaan diberikan kepada sokongan logistik, termasuk penghantaran peralatan dan bekalan makanan dari depot ke PPS, serta pengurusan pusat pemindahan bersama agensi kerajaan lain,” katanya ketika ditemui di PPS Dewan Masyarakat Serian, di sini, hari ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa bantuan dijangka berterusan dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

“Briged Ketiga sentiasa bersedia untuk membantu agensi awam dalam operasi bantuan banjir,” tambahnya.

PPS Dewan Masyarakat Serian kini menempatkan seramai 209 mangsa banjir dari tiga kampung berdekatan—Kampung Hulu, Kampung Hilir, dan Kampung Bunga Siantan.Pusat pemindahan itu mula beroperasi sejak 28 Januari bagi menampung penduduk yang terjejas akibat banjir.

Secara keseluruhan, sebanyak 18 PPS telah dibuka di Serian dengan jumlah seramai 1,624 mangsa yang berlindung setakat jam 9 pagi ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan