Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MetMalaysia Sarawak menjangkakan hujan lebat berterusan di negeri ini akan berakhir pada 31 Januari, namun tempoh sebenar masih bergantung kepada keadaan semasa. Foto hiasan Envato

Tempoh hujan lebat di Sarawak bergantung keadaan semasa – MetMalaysia

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 28 Jan: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Sarawak menjangkakan hujan lebat berterusan di negeri ini akan berakhir pada 31 Januari, namun tempoh sebenar masih bergantung kepada keadaan semasa, kata Pengarah Meteorologi Sarawak, Khairul Najib.

Menurutnya, amaran hujan lebat boleh diturunkan secara berperingkat sekiranya hujan yang turun menunjukkan tanda-tanda berkurangan.

“Berdasarkan ramalan cuaca, hujan lebat dijangka berakhir pada 31 Januari, iaitu pada hari Jumaat. Namun, ini masih bergantung kepada keadaan semasa.

“Sekiranya corak hujan menunjukkan pengurangan, peringkat amaran hujan lebat akan diturunkan secara berperingkat,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

MetMalaysia sebelum ini telah mengeluarkan amaran merah bagi beberapa kawasan di Sarawak, termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri, berikutan hujan lebat berterusan yang menyebabkan banjir di beberapa kawasan.

Selain itu, amaran angin kencang dan laut bergelora turut dikeluarkan bagi perairan Sarawak, dengan kelajuan angin mencecah 50 hingga 60 km/j dan ombak setinggi 4.5 meter, yang berbahaya bagi aktiviti perkapalan dan nelayan.

Khairul Najib turut mengingatkan penduduk di kawasan rendah untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko banjir dan mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya pemindahan diperlukan.

Katanya MetMalaysia juga akan terus memantau perkembangan cuaca dan mengemas kini ramalan dari semasa ke semasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan