KUCHING, 29 Jan: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Hasan serta isteri, Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud berkunjung ke kediamaan Pengasas iCube Innovations dan Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew Chin Joon sempena sambutan Tahun Baru Cina hari ini.
Ketibaan Awang Tengah bersama isteri sekitar jam 4.30 petang tadi itu disambut Patrick  serta keluarganya sejurus itu upacara menggaul ‘Yee Sang’ menyerikan majlis.
‘Yee Sang’ yang digaul beramai-ramai merupakan tradisi masyarakat Cina sebagai simbolik keharmonian, kebahagian dan kemakmuran sebelum menjamu selesa.
Kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina 2025 di Sarawak kali ini diwarnai perpaduan antara rakyatnya yang wujud sejak sekian lama. – TVS