Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang berkunjung ke kediaman Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI), Dato Tan Jit Kee petang tadii. Foto TVS

TBC: Abang Johari berkunjung ke kediaman Presiden KCGCCI

ByHaleyson Roland

KUCHING, 29 Jan: Kunjungan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang ke kediaman Presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Kuching (KCGCCI), Dato Tan Jit Kee disambut meriah dengan tarian singa kira-kira 2.30 petang tadi.

Abang Johari turut diiringi oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Hasan serta Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Kunjungan Abang Johari bersempena Tahun Baru Cina itu turut diserikan dengan upacara menggaul ‘Yee Sang’ yang melambangkan keharmonian, kemakmuran dan kebahagian.

Sementara itu, Tan Jit menzahirkan harapan sempena sambutan Tahun Ular ini agar Sarawak terus maju dalam pembangunan terutamanya dalam sektor perdagangan dan perindustrian pada tahun ini.

“Saya percaya dalam tahun 2025 ini atau Tahun Ular, ekonomi masih meningkat dan sangat bagus. Saya rasa ia akan meningkat dalam 5 peratus atau 6 peratus dan mungkin terus meningkat. Hal ini kerana sokongan kewangan daripada negeri. Kita diberi peruntukan RM2 billion berbanding dengan Selangor, saya rasa 5 kali ganda. Semua duit ini, faktanya, Premier kita memperuntukannya kepada infrastruktur dan pembangunan lain,” katanya ketika ditemui TVS di kediamannya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina di Sarawak sambil mendoakan kemakmuran negeri ini.

“Saya mengambil kesempatan ini, saya mahu mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan semoga Sarawak maju makmur,”ujarnya.

Terdahulu, Premier Sarawak dan delegasinya juga mengunjungi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Pusat Pakar Perubatan Normah (NMSC), Dato Dr. Au Yong Kien Hoe.

Abang Johari serta isteri meninggalkan kediaman Tan Jit kira-kira pukul 3.10 petang tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan