Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi Foto fail Bernama

Tanah runtuh Miri: TYT Sarawak, isteri turut berdukacita, ucap takziah

ByConnie Grace

KUCHING, 29 JAN:  Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri yang berlaku awal pagi tadi.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri, awal pagi tadi Foto Bernama

“Saya dan isteri amat berdukacita atas tragedi yang menimpa mangsa-mangsa tanah runtuh.

‘Al-Fatihah dan salam takziah buat seluruh mangsa yang telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Semoga kesemua mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan syuhada,” kata beliau menerusi kenyataan rasmi Astana Negeri pada Selasa.

Kenyataan turut menyatakan Tun Dr Wan Junaidi merakamkan penghargaan kepada semua pasukan penyelamat dan pihak berkuasa yang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan kepentingan keselamatan penduduk di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi serta menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dalam pemantauan dan pemeriksaan bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Terdahulu, media melaporkan tragedi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit yang berlaku pada jam tiga pagi pada Selasa melibatkan 12 orang mangsa dengan lima daripadanya dipercayai meninggal dunia. -TVS

Tags: Miri, takziah, tyt

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan