MIRI, 29 Jan: Seorang daripada tujuh mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, dua ditemui selamat manakala empat belum ditemui.
Kesemua mangsa terlibat ditemui di dua rumah berasingan iaitu Lot 287 A dan Lot 287 B.
Pencarian kini masih giat dijalankan untuk mengesan empat lagi mangsa iaitu dua wanita dewasa berusia 41 dan 71 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 12 tahun yang kesemuanya tinggal di Lot 287 A.
Sementara lelaki dewasa yang tinggal di rumah Lot 287 A dan empat lagi penghuni Lot 287 B termausk tiga remaja perempuan ditemui selamat dalam tragedi terbabit.- TVS