Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kongsi Mardi, kejadian berlaku sekelip mata. Foto Salasiah Safian (TVS)

Tanah runtuh Miri: Semua berlaku sekelip mata – Jiran

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Jan: “Semua berlaku sekelip mata,” luah Muhd Mardi Mohd Wali, jiran kepada mangsa tragedi Tanah Runtuh Kampung Lereng Bukit di sini.

Menurutnya, ketika terjaga pada 2 pagi untuk pergi ke tandas dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat yang seakan-akan guruh terlalu hampir dengan kediamannya.

Risau akan keadaan tersebut, Mardi terus mengejutkan seluruh ahli keluarganya dan lantas membawa mereka keluar dari rumah segera.

“Sekelip mata, tak sempat nak buat apa-apa. Saya terus selamatkan mak saya. Pada ketika itu air hujan beserta tanah masuk ke rumah sehingga ke buku lali.

“Saya terus alihkan kereta dan menghantar mak saya ke tempat selamat,” katanya ketika ditemui TVS di sini sebentar tadi.

Tambahnya, lokasi rumah mereka dengan rumah mangsa adalah berdekatan dan Mardi sempat melihat jirannya berada di bahagian dapur rumah.

“Sebab pada mulanya air turun dari bukit belakang rumah dan tersumbat hingga ia menghentam pagar rumah mereka. Pada masa itulah saya mendengar bunyi dentuman kuat.

“Sebelum itu saya tergerak hati untuk melihat apa yang berlaku dan saya buka pintu. Pada mulanya saya nampak jiran saya masih di sana. Daripada apa yang saya dengar, mereka sedang menyediakan nasi lemak. Lima minit kemudian, saya terdengar bunyi runtuhan,” kongsi Mardi.

Tragedi Tanah Runtuh Kampung Lereng Bukit yang berlaku pada jam tiga pagi tadi itu melibatkan 12 orang mangsa dengan lima daripadanya dipercayai meninggal dunia.

Sebelum ini, kejadian tanah runtuh Ruan Cangkul di Simunjan direkodkan sebagai tragedi terburuk di Sarawak iaitu pada 28 Januari 2002 dan mengorbankan 16 nyawa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan