Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi ditemukan kira-kira 6.17 pagi melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun. Foto JBPM

Tanah runtuh Miri: Mayat remaja lelaki ditemukan

KUCHING, 29 Jan: Mayat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri awal pagi tadi ditemukan kira-kira 6.17 pagi melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam laporan terkini memaklumkan mayat itu dijumpai dalam runtuhan di satu daripada dua rumah yang ditimpa tanah runtuh dalam kejadian pada 2.58 pagi itu.

Usaha kini tertumpu kepada pencarian empat lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden berkenaan yang terdiri daripada dua wanita dewasa berumur 71 dan 41 tahun, serta dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan 12 tahun.

Tujuh lagi penghuni di dalam kedua-dua rumah yang terjejas itu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian terbabit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan