Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa terakhir (Fatimah Dawi) dibawa keluar dari bawah runtuhan. Foto Salasiah Safian (TVS)

Tanah runtuh Miri: Mangsa terakhir ditemui petang tadi

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Jan: Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh Kampung Lereng Bukit, Miri di sini berjaya ditemukan pada jam 6.06 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, mangsa, Fatimah Dawi, 71, disahkan meninggal dunia dan jenazahnya dikeluarkan pada jam 6.26 petang.

“Jadi dengan terjumpanya mangsa terakhir itu bermakna untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa bagi tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit ini pada hari ini ditamatkan.

“Saya mewakili pasukan Polis Diraja Malaysia dan juga selaku Komander Operasi Bencana bagi bencana di Kampung Lereng Bukit ini mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba, pihak APM, semua dan juga pihak ATM, dan kepada JKR dan juga kepada semua jabatan, agensi lain yang terlibat di dalam membantu melaksanakan tugas ini dengan jayanya pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sejurus mangsa terakhir dibawa keluar di lokasi tragedi berkenaan sebentar tadi.

Dalam pada itu Alexson memberitahu pihaknya akan meneruskan pemantauan di kawasan ini disebabkan maklumat yang diterima daripada pihak Berwajib seperti JKR, memaklumkan bahawa kawasan ini masih lagi ada risiko tanah runtuh.

Justeru itu, tambahnya pihaknya serta pasukan penyelamat yang lain mengambil inisiatif untuk memindahkan penduduk sekitar kawasan terbabit ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi membendung perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak media yang membantu dalam memastikan pelaporan berkaitan tragedi berjalan lancar dalam memastikan maklumat sampai kepada orang ramai yang ingin mengetahui kejadian ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan