Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan penyelamat giat melaksanakan misi Mencari dan Menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang merupakan wanita berusia 71 tahun. Foto TVS

Tanah runtuh Miri: Mangsa terakhir belum ditemui

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Jan: Usaha Mencari dan Menyelamat (SAR) bagi seorang lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini masih giat dilakukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, mangsa yang merupakan wanita berusia 71 tahun antara 12 orang mangsa dalam dua rumah yang tertimbus akibat tragedi berkenaan.

Beliau mendedahkan, setakat ini lima disahkan meninggal dunia dan tiga cedera manakala empat lagi mangsa berjaya menyelamatkan diri.

“Pada jam lebih kurang 10.40 pagi tadi, pasukan penyelamat telah menjumpai mayat seorang lagi mangsa iaitu mangsa kedua, seorang perempuan berumur 41 tahun di bawah runtuhan rumah yang roboh. Dan pada jam lebih kurang 11.30 pagi, satu lagi mayat iaitu kanak-kanak berumur 8 tahun yang ditemukan berhampiran mangsa kedua.

“Pada jam lebih kurang 11.40 pagi, pasukan penyelamat juga telah menjumpai satu lagi mayat keempat iaitu kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun juga berdekatan mayat kedua yang dipercayai ibu mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas Tragedi Tanah Runtuh Kampung Lereng Bukit di sini hari ini.

Setakat berita ini ditulis, operasi tetap diteruskan meskipun dalam keadaan hujan lebat.

Seramai 19 orang pegawai dan 85 anggota dari pelbagai agensi penyelamat di Miri telah terlibat dalam operasi SAR ini.

Dalam pada itu, Alexson turut menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan