Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tragedi Tanah Runtuh Kampung Lereng Bukit, Miri yang berlaku pada jam 3 pagi tadi melibatkan lapan orang mangsa, dan dua buah rumah. Foto TVS

Tanah runtuh Miri: Empat mangsa belum ditemui

BySalasiah Safian

MIRI, 29 Jan: Polis mengesahkan lapan mangsa daripada dua buah rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri pada jam 3 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih diteruskan dengan melibatkan pelbagai jabatan dan agensi penyelamat bagi mengesan empat orang lagi mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan rumah.

“Maklumat berkenaan mangsa yang masih tertimbus adalah seperti berikut, seorang wanita berusia 41 tahun (ibu), seorang wanita berusia 71 tahun (nenek), dua orang kanak-kanak perempuan berusia lapan (8) dan 12 tahun. Semua mangsa yang terlibat merupakan ahli keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas bencana di sini, sebentar tadi.

Manakala empat lagi mangsa berjaya ditemui pagi tadi iaitu dua lelaki dan dua perempuan dalam lingkungan umur 16 hingga 74 tahun.

Bagaimanapun, seorang remaja lelaki ditemukan meninggal dunia di bawah runtuhan.

Berita lanjut menyusul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan