Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan Tahun Baru Cina 2025 di kediaman tokoh perniagaan, Dato Goh Leng Chua di Jalan Tan Sri Datuk William Tan di Kuching, malam ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Tanah runtuh Miri: Abang Johari berdukacita, turut simpati terhadap mangsa tragedi

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 29 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut berdukacita dan meluahkan rasa simpati terhadap mangsa tragedi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit, Miri pada awal pagi Rabu.

Abang Johari turut menegaskan bahawa Kerajaan Sarawak akan memberi perhatian serius terhadap kawasan-kawasan berisiko tinggi bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Bagi pihak kerajaan, kita bersimpati dengan kehilangan nyawa di Miri dan kita harap kawasan-kawasan lain mesti berjaga-jaga dengan keadaan yang berlaku,” kata Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan Tahun Baru Cina 2025 di kediaman tokoh perniagaan, Dato Goh Leng Chua di Jalan Tan Sri Datuk William Tan di sini, malam ini.

Menurut Abang Johari, Kerajaan Sarawak juga akan memantau keadaan serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga.

Terdahulu, pada awal pagi Rabu TVS melaporkan bahawa enam penghuni dua rumah di Kampung Lereng Bukit di Miri dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh, awal pagi ini.

Untuk rekod mangsa terakhir tragedi tanah runtuh yang menimbus dua rumah di kampung tersebut telah ditemui pada lewat petang tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan