Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Taman Mas 1, Hulu Langat, dekat sini, terbakar awal pagi tadi. Foto JPBM

Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Taman Mas 1, Hulu Langat, dekat sini, terbakar awal pagi tadi.

Keempat-empat mangsa berusia lingkungan 46 hingga 81 tahun itu terperangkap di dalam rumah berkenaan sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba, namun mengalami sesak nafas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.40 pagi.

Beliau berkata sebanyak 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn serta Ampang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah teres setingkat yang musnah 20 peratus serta sebuah motosikal Yamaha yang diletakkan di hadapan rumah, dan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit.

“Terdapat sepasang warga emas serta masing-masing seorang lelaki dan wanita dewasa yang diselamatkan bomba mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Ampang bagi menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi ditamatkan sepenuhnya pada 5.20 pagi, namun punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan