Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru. Foto AFP

Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas, 176 penumpang diselamatkan

ByBernama

BUSAN (Korea Selatan), 29 Jan: Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut pihak berkuasa bomba, penerbangan Air Busan yang menuju ke Hong Kong terbakar di bahagian ekor kira-kira 10.30 malam waktu tempatan, beberapa saat sebelum berlepas.

Menurut bomba, api kemudian merebak ke badan pesawat, tetapi semua 176 orang yang berada di dalam pesawat berjaya dibawa keluar dengan menggunakan gelongsor kecemasan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kebakaran tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan