Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Rabu. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PBT harus nilai kawasan berisiko tanah runtuh, bendung tragedi

ByFebbright James

KUCHING, 29 Jan: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan melakukan penilaian bagi kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh bagi memastikan keselamatan penduduk setempat, tegas Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Saya menyeru agensi tempatan khususnya majlis tempatan membuat penilaian bagi memastikan tempat itu selamat untuk penduduk.

“Saya masih ingat beberapa tahun lepas terdapat kejadian tanah runtuh di Serian dan hasil penilaian mendapati tempat itu memang tidak sesuai didiami.

“Sebab itu kita minta semua pihak berkuasa untuk menjalankan penilaian untuk sesebuah kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (CNY) peringkat Sarawak 2025 di BCCK, di sini hari ini.

Uggah dalam pada itu turut mengarahkan JKR menilai jalan di cerun di seluruh Sarawak terutama di kawasan pedalaman.

“Kami sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri mengenai beberapa langkah berjaga-jaga yang akan kami ambil untuk mengurangkan tanah runtuh di sepanjang jalan,” kata Uggah.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan di Kampung Lereng Bukit, Miri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan