Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi(empat dari kanan) menerima cenderahati diberikan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (enam dari kiri) pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 di Wisma MCA di sini hari ini. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Malaysia sasar tarik lebih ramai pelancong China

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Malaysia menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong dari China melawat negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, setakat ini seramai 3.8 juta pelancong dari Negara Tembok Besar itu memilih Malaysia sebagai destinasi percutian mereka sekali gus membantu pertumbuhqn ekonomi.

Di pihak kerajaan kata Ahmad Zahid pelbagai usaha dilaksanakan termasuk mengadakan lawatan rasmi untuk merancakkqn kerjasama pelbagai bidang melibatkan kedua – dua negara.

“ (Sempena) Tahun Melawat Malaysia 2026, kita harap lebih ramai pelancong China (memilih Malaysia sebagai lokasi percutian) dan setakat ini kita menerima seramai 3.8 juta pelancong dari negara itu dan diharap ini dapat bantu pertumbuhan ekonomi yang baik antara Malaysia dan China,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas hadir sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran MCA di wisma parti itu di Jalan Ampang di sini hari ini.

Majlis sambutan yang dimeriahkan dengan persembahan tarian naga dan kebudayaan itu turut dihadiri oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sementara itu Ahmad Zahid menambah, hubungan erat Malaysia dengan China bukan hanya diterjemahkan melalui kerjasama kerajaan malah terjalin dalam skop yang lebih meluas.

Jelas beliau ini termasuklah perniagaan ke perniagaan (B2B) yang memanfaatkan rakyat serta dapat dilihat dalam aspek kebudayaan termasuk ketika sambutan Tahun Baharu Cina.

“ Sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada hemat saya tahun ini lebih meriah apabila ada pertunjukkan dron di KLCC baru – baru ini yang dipersembahankan oleh pasukan dari China.

“Ia memperlihatkan hubungan diplomatik 50 tahun dildengan China, bukan hanya diterjemahkan dari hubungan G2G tapi yang penting B2B dan people to people (P2P)dan ini dipertingkatkan dengan lawatan rasmi yang dilakukan antara Malaysia dan China,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan