Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas semasa media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Rabu. Foto Nadim Bokhari (TVS)

JPBNS berusaha selamatkan mangsa tanah runtuh, pergiat pantau banjir

ByFebbright James

KUCHING, 29 Jan: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berusaha menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, kata pengerusinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pada masa sama, menurut Timbalan Premier Sarawak itu siasatan punca kejadian turut dijalankan selain pihaknya mempergiat usaha memantau situasi semasa banjir yang melanda negeri ketika ini menerusi kerjasama dengan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan.

“Kami sedang menyiasat dan usaha menyelamat (mangsa kejadian tanah runtuh) sedang dilaksanakan. Sekiranya ada keperluan kami mungkin akan menelefon pakar dari Kuala Lumpur. Saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang terlibat.

“Nasihat saya kepada mereka yang tinggal di lereng-lereng bukit agar terus berhati-hati. Kita akan terus meminta pihak berkuasa menilai sesebuah kawasan sama ada ianya sesuai untuk didiami atau sebaliknya.

“Saya masih ingat beberapa tahun lepas terdapat kejadian tanah runtuh di Serian dan hasil penilaian mendapati tempat itu memang tidak sesuai didiami. Sebab itu kita minta semua pihak berkuasa untuk menjalankan penilaian untuk sesebuah kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching pada Rabu.

Jelasnya, tahun lalu, lebih RM60 juta dibelanjakan untuk membaiki jalan, lereng dan jambatan yang terjejas.

“Kami sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan kepada Premier Sarawak mengenai beberapa langkah perlindungan yang kami rancang untuk mengurangkan jalan dan tanah runtuh ini. Saya boleh katakan jentera kami cekap serta sedia membantu mereka memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan ketika ini sebanyak 16 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di seluruh Sarawak meliputi Kawasan Bintulu, Serian, Kuching dan Sibu.

Beliau menasihatkan orang ramai yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh ini agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah dan bertindak mengikut arahan sewajarnya untuk menyelamatkan nyawa.

Terdahulu media melaporkan enam mangsa terlibat dalam satu insiden tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri awal pagi tadi.

Mangsa yang terlibat dalam kejadian 2.58 pagi itu dilaporkan dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan