Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahad lepas, gencatan senjata melibatkan tiga fasa antara kumpulan Hamas dan Israel mula berkuat kuasa dalam fasa satu meliputi tempoh enam minggu. Foto fail AFP

Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi dukung hasrat Anwar bantu bangun Gaza akan dibentuk

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Satu Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Waqaf Malaysia akan dibentuk bagi mendukung komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha permulaan membantu membangunkan semula Gaza.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh komitmen Perdana Menteri untuk menggerakkan usaha membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza seperti dizahirkan hari ini.

“Bagi tujuan itu, di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya akan membentuk dan mempengerusikan Jawatankuasa Khas Penyelarasan Agensi-Agensi yang diurussetiakan JAKIM dan Yayasan Waqaf Malaysia untuk menggembleng potensi dan ruang komprehensif ke arah mendukung komitmen Perdana Menteri.

“Jawatankuasa khas ini akan menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri serta rakan-rakan strategik bagi mempertingkatkan kerjasama menyeluruh masyarakat dalam pembangunan semula Gaza,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im turut menyeru orang ramai bersama-sama berdoa agar segala perancangan yang disusun terlaksana dengan jayanya.

“Semoga Allah SWT memberikan limpahan kesejahteraan dan kekuatan kepada rakyat Palestin menghadapi ujian berat ini,” katanya.

Anwar hari ini mengumumkan bantuan Malaysia dalam pembinaan semula Gaza dan Palestin akan dijalankan menerusi kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

Beliau berkata usaha pembangunan semula Gaza juga melibatkan kerjasama antara kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Ahad lepas, gencatan senjata melibatkan tiga fasa antara kumpulan Hamas dan Israel mula berkuat kuasa dalam fasa satu meliputi tempoh enam minggu.

Perjanjian hadir hanya selepas lebih 460 hari konflik menyebabkan kemusnahan besar kepada Gaza serta meragut nyawa puluhan ribu rakyat Palestin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan