Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer. Foto hiasan Envato

Gempa bumi lemah dikesan di Ranau – MetMalaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 3.16 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi itu berlaku 11 kilometer barat dari Ranau dengan kedalaman empat kilometer.

“Gegaran dirasai di sekitar Ranau. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini,” menurut hantaran di laman Facebook MetMalaysia.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu agar mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan dan pemantauan sedang dilakukan.

“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini atau kerosakan diterima dan pihak kami sentiasa bersedia atas sebarang kemungkinan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan