Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 malam ini dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah. Foto Jabatan Meteorologi Malaysia (X)

Gempa bumi di Timur Indonesia, turut dirasai di Sabah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Gempa bumi sederhana berukuran magnitud 5.9 dilaporkan berlaku di Semenanjung Minahassa, Indonesia pada 10.53 semalam dengan gegaran turut dirasai di sekitar Semporna,Tawau, dan Lahad Datu, Sabah.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan semalam turut melaporkan bahawa gempa bumi tersebut berlaku pada jarak 210 kilometer timur laut dari Palu, Indonesia.

Menurut MetMalaysia, gempa bumi sederhana pada kedalaman 80 kilometer itu berlaku pada koordinat 0.5 darjah Utara dan 121.2 darjah Timur.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gegaran tersebut untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi berkata pihaknya telah menerima maklumat tentang gegaran yang dirasai di tiga kawasan tersebut dan pemantauan situasi itu sedang dilakukan.

“Setakat ini tiada laporan kejadian tidak diingini diterima dan pihak kami sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan