Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Insiden tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri. Foto JKM Miri

Enam dikhuatiri tertimbus dalam tanah runtuh di Miri

KUCHING, 29 Jan: Enam mangsa dikhuatiri tertimbus dalam satu insiden tanah runtuh yang berlaku di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kejadian itu dilaporkan pada 2.58 pagi dan mangsa dikatakan melibatkan dua wanita dewasa, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

“Seorang lelaki dewasa berjaya diselamatkan tanpa kecederaan. Setakat pukul 3.48 pagi usaha mengeluarkan yang tertimbus masih giat dijalankan,” kata jurucakap PGO.

Operasi menyelamat melibatkan 15 anggota dengan empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dengan bantuan BBP Lopeng. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan