Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada ketika musim hujan, terutama di kawasan yang berisiko banjir. Foto Sarawak Forestry Corporation (FB)

Banjir: Elak kawasan berisiko, dikhuatiri ancaman haiwan berbahaya

ByWilly Jali

KUCHING, 29 Jan: Orang ramai diingatkan agar sentiasa berwaspada ketika musim hujan, terutama kawasan berisiko banjir yang dikhuatiri muncul haiwan berbahaya seperti buaya.

Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada berada di kawasan berisiko seperti parit besar, tebing sungai, dan kawasan rendah yang mudah dinaiki air.

“Elakkan melalui atau bermain di sekitar parit besar perumahan dan tepi sungai, terutamanya ketika hujan lebat atau banjir. Kemunculan buaya mungkin berlaku tanpa disedari,” menurut kenyataan itu.

SFC turut menggesa masyarakat supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai keadaan banjir dan sebarang laporan berkaitan ancaman hidupan liar.

Langkah ini penting untuk memastikan tindakan pantas dapat diambil jika berlaku sebarang insiden.

Pemilik haiwan peliharaan juga dinasihatkan supaya memastikan keselamatan haiwan mereka dan tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran bagi mengelak sebarang risiko.

Orang ramai juga disarankan untuk menyimpan nombor kecemasan bagi mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

“Simpan nombor-nombor kecemasan dalam telefon supaya mudah dihubungi sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini,” tambah kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut atau melaporkan sebarang insiden berkaitan hidupan liar, orang ramai boleh menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan