Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bencana banjir di Bintulu terus membimbangkan apabila sebanyak 17 kawasan dilaporkan terjejas akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu. Foto APM Bintulu

Banjir Bintulu: 17 kawasan terjejas, operasi menyelamat dipergiat

ByLuqman Muhammad

BINTULU, 28 Jan: Bencana banjir di Bintulu terus membimbangkan dengan sebanyak 17 kawasan dilaporkan terjejas akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Jamri Masran berkata, pihaknya telah menerima 17 panggilan kecemasan berkaitan banjir dan setakat ini operasi menyelamat telah dilakukan di lima kawasan utama yang paling terjejas.

“Antara kawasan yang terjejas tersebut termasuklah seperti Kampung Kemunting, Bandar Jaya & Taman Alamanda, Gem Park, Taman Bukit Orang, Sungai Plan Kidurong, Kampung Masako, Spring Ville Garden, Taman Pelabuhan, Medan King Seng, Jalan Tun Hussin Onn, Taman RPR Sibiew Indah, Taman Desa Damai, Kuala Tatau, Kampung Dagang Tatau dan Kampung Baru Tatau,” katanya ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Menurut Jamri, ketika ini pasukan bomba masih giat menjalankan kerja-kerja menyelamat di kawasan yang terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk terlibat.

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan penduduk agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa dan segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya keadaan semakin buruk.

Setakat ini, pihak JBPM Sarawak masih meneruskan pemantauan rapi dan operasi menyelamat bagi membantu mangsa banjir yang memerlukan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan